Rabu, 26 Oktober 2011

IMAM MAHDI AKAN DATANG, YAKIN GAK SICH ?

Jika ada mana-mana ulama atau orang perseorangan yang cuba membangkitkan masalah yang cukup khilafiah ini, reaksi-reaksi berikut akan dapat dilihat pada orang yang kita ajukan itu.

1. menolak serta-merta. Alasan yang diberikannya ialah hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah hadis palsu atau sangat dhaif. Mereka ini lazimnya tidak mengetahui ilmu sanad dan rawi hadis, ilmu jarah dan ta’dil serta tingkatan-tingkatan hadis.

2. Menolak mentah-mentah serta memandang rendah orang yang menimbulkan masalah ini, kerana katanya mempercayai perkara yang tidak jelas dalam masalah agama. Mereka ini adalahgolongan yang banyak dipengaruhi oleh corak pemikiran yang telah diacu oleh pihak penjajahsejak dahulu.

3. Menolak sebahagian hadis yang berkaitan dengan Imam Mahdi termasuk mengenai Pemuda Tamim, Pemuda Bani Hasyim, Al-Haris Harras dan lain-lain. Hadis-hadis yang ada kelihatan hanya sesuai untuk zaman dahulu sahaja, bukan pada zaman ini. Mereka ini hanya menilai hadis berdasarkan maksud zahirnya sahaja, bukan makna yang tersirat yang ada di sebalik hadis-hadis berkenaan.

4. Menolak dengan alasan menunggu ketibaan Imam Mahdi tanpa berusaha adalah perbuatan yang sia-sia. Lebih baik umat Islam bangun dan membina kekuatan sendiri dan menegakkan negara Islamnya sendiri tanpa perlu menunggu munculnya Imam Mahdi. Konsep Al-Mahdi itu sebenarnya ada di dalam diri setiap umat Islam dan Mahdi itu adalah sekumpulan umat Islam sendiri yang berusaha membawa kemajuan. Mereka yang berpendapat begini adalah dari kalangan cendekiawan Islam dan para sarjana Islam yang mengaji di universiti luar negeri, terutama di negara Barat.

5. Menolak dengan alasan sudah lebih seribu tahun, namun Imam Mahdi tidak juga muncul, dan kemungkinannya tidak akan muncul lagi ke dunia ini. Lagipun ini adalah zaman moden, bagaimana Imam Mahdi itu akan muncul pada zaman moden ini? Takkan Imam Mahdi itu nanti naik kuda dan mengacungkan pedang? Inikan zaman moden, tak sesuai sangatlah keadaannya nanti. Mereka ini banyak dipengaruhi oleh logik akal mentah mereka yang pendek semata-mata, tanpa mengetahui bahawa hadis-hadis berkenaan mempunyai maksud tersirat yang sekali-kali tidak mereka ketahui.

6. Bersikap berdiam diri kerana memang tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Mereka adalah dari kalangan orang awam yang tidak mendapat pengetahuan yang mencukupi mengenai persoalan agama, apatah lagi masalah Imam Mahdi yang khilafiah ini. Mereka serba salah hendak menjawab soalan ini.

7. Tidak menerima dan tidak pula menolak kemunculan Imam Mahdi sambil menyatakan pendiriannya bahawa semua itu mungkin saja ada dan mungkin saja tidak ada. Bersikap pertengahan adalah lebih selamat bagi mereka dan golongan seperti ini memang ramai pada masa ini.

8. Tidak menolak sepenuhnya, yakni menerima konsep Mahdi tetapi menyatakan bahawa Mahdi itu sebenarnya adalah umat Islam itu sendiri. Oleh itu, mereka perlu bangun dan membina kekuatan ummah melalui jalan politik dan ekonomi, serta dihiasi oleh akhlak yang mulia. Kebanyakan mereka ini adalah golongan pentadbir, ahli politik, teknokrat Islam dan ahli ekonomi Islam yang mendapat pendidikan formal dari Barat.

9. Menerima konsep Mahdi tetapi bertanya semula, bilakah Imam Mahdi itu akan muncul. Siapa dia Imam Mahdi itu? Sejauh mana ‘modennya’ Imam Mahdi itu nanti? Mereka ini adalah golongan yang banyak tanya tetapi tidak dapat memikirkan lebih jauh daripada itu.


10. Menerima sepenuhnya, tetapi berbeza pendapat mengenai diri Imam Mahdi itu yang jika dilihat menurut kaedah Ahlus Sunnah adalah tidak tepat sama sekali. Mereka ini adalah golongan yang cuba mengambil kesempatan daripada sesuatu keadaan atau ada niat yang lain.

11. Menerima sepenuhnya konsep Imam Mahdi, meyakini semua hadis yang berkaitan dengannya dan menanti-nanti kemunculan Imam Mahdi itu ke dunia ini, dengan penuh harap, penuh kerinduan, penuh kasih sayang, penuh gembira dan kadang-kala seperti tidak sabar menunggu lebih lama lagi. Mereka ini ada dua golongan yang besar iaitu Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan Imam Mahdinya sendiri dan puak Syiah dengan Imam Mahdinya pula, yang jauh berbeza keperibadiannya daripada Imam Mahdi Ahlus Sunnah.

12. Golongan yang BINGUNG untuk menjawab kerana tidak pernah tahu dan tidak pernah ambil tahu. Mereka adalah golongan majoriti orang awam dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah. Hal ini berbeza dengan Syiah yang amat mengajarkan kepada golongannya akan konsep Imam Mahdi ini. Antara sebabnya ialah Ahlus Sunnah tidak pernah menekankan peri pentingnya Imam Mahdi itu kepada masa depan dan survival umat Islam, seperti yang Syiah ajarkan kepada pengikut mereka.


Kemudian, jika kita lihat dengan lebih teliti dan saksama (jika orang itu memang mahu mencari kebenaran hakiki), akan kita dapati bahawa hadis-hadis yang menceritakan mengenai Imam Mahdi dapat dikategorikan kepada tiga bahagian, iaitu hadis-hadis yang sahih, hadis-hadis yang hasan dan hadis-hadis yang dhaif. Maka yang maudhuk itu tidaklah kita masukkan ke dalam perbicaraan kita ini.

Semua ulama kenamaan dalam mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah bersetuju bahawa hadis-
hadis sahih mengenai Imam Mahdi adalah hadis yang sudah boleh dikategorikan sebagai hadis mutawatir maknawi. Hadis mutawatir maknawi adalah sekumpulan besar hadis yang berbagai-bagai matan, rawi dan sanadnya, tetapi semua hadis berkenaan menceritakan satu perkara atau mauduk yang sama iaitu mengenai Imam Mahdi.

0 komentar:

Posting Komentar