Bagaimanapun, sebagai memenuhi rasa ingin tahu kebanyakan umat Islam, terutama yang rajin mengkaji dan yang inginkan kepastian, serta yang inginkan keyakinan yang putus, berikut adalah antara hadis yang secara jelas dikategorikan oleh semua ulama hadis sebagai hadis sahih mengenai diri Imam Mahdi itu:
A. Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Dunia ini tidak akan hancur sehingga seorang lelaki dari kalangan ahli keluargaku, yang namanya seperti namaku, memerintah seluruh bangsa Arab."
(Sunan at-Tarmizi, Jilid 9; Sunan Abu Daud, Jilid 5).
Hadis-hadis dengan matan yang hampir serupa juga turut diriwayatkan daripada Sayidina Ali bin Abi Talib, Abu Said al-Khudri, Ummu Salamah dan Abu Hurairah RA.
B. Nabi SAW bersabda, "Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya al-Mahdi (iaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu cuma tinggal sehari sahaja. Dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di atas muka bumi ini dan menghapuskan kezaliman dan penindasan."
(Musnad Ahmad Ibnu Hanbal, Jilid 1)
C. Sayidina Ali bin Abi Talib KMW berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Jika cuma tinggal sehari sahaja sebelum kiamat tiba, nescaya Allah pasti akan mengutuskan seorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan penindasan." (Sunan Abu Daud)
D. Sayidina Ali bin Abi Talib KMW berkata bahawa Nabi SAW memberitahunya bahawa,
"Al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah dari kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja." (Sunan Ibnu Majah, Jilid 2)
E. Sayidatina Ummu Salamah RA, Ummul Mukminin, berkata bahawa Nabi SAW bersabda,
"Al-Mahdi itu adalah dari keturunanku, daripada anak-anak Fatimah."
(Sunan Abu Daud, Jilid 2; Sunan Ibnu Majah, Jilid 2)
F. Rasulullah SAW mengisytiharkan bahawa,
“Al-Mahdi itu adalah dari kaum keluargaku, daripada keturunan Fatimah.”
(Sunan Ibnu Majah, Jilid 2, Hadis No. 4086)
G. Nabi SAW memberitahu,
"Al-Mahdi itu adalah salah seorang daripada kami, dari kalangan Ahlulbait."
(Sunan Ibnu Majah, Jilid 2, Hadis No. 4085)
H. Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda,
"Al-Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun."
(Sunan Abu Daud, Jilid 2, Bab Fusulul Muhimmah)
I. Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Al-Mahdi adalah dari keturunanku. Dahinya luas dan hidungnya tinggi. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan ketika dunia sedang dipenuhi dengan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun."
J. Ummu Salamah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Selepas kemangkatan seorang amir, akan berlaku pertelingkahan di kalangan penduduk. Ketika itu seorang penduduk Madinah akan melarikan diri dan pergi ke Makkah. Ketika di Makkah, beberapa orang penduduk akan menghampirinya antara Hajarul Aswad dengan Maqam Ibrahim, dan mendesak menerima baiat mereka kepadanya.
Sejurus selepas itu, satu angkatan yang besar akan datang dari Syam untuk menyerangnya tetapi ketika mereka sampai di al-Baidak, yang di antara Makkah dan Madinah, mereka akan ditelan ke dalam bumi. Melihatkan peristiwa ini, puak Abdal dari Syam dan sekumpulan Asoib dari Iraq akan mendatanginya dan berbaiat kepadanya. Kemudian seorang lelaki dari suku Quraisy, yang bapa saudaranya dari Bani Kalb menghantar satu pasukan tentera untuk menyerang al-Mahdi, dan cuba menguasainya, dengan izin Allah. Tentera ini adalah dari Bani Kalb. Malangnya dia tidak menerima apa-apa perkongsian dengan Kalb.
Orang ini (Imam Mahdi) akan memulakan peperangan selepas pertempuran itu. Dia akan memimpin orang ramai berdasarkan Sunnah dan semasa pemerintahannya, Islam akan tersebar ke seluruh dunia. Dia memerintah selama tujuh tahun. Al-Mahdi akan meninggal dunia dan jenazahnya akan disembahyangkan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia."
(Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ibnu Hibban & at-Tabrani)
K. Nabi SAW bersabda:
"Sekumpulan orang dari umatku akan berjuang menegakkan kebenaran sehingga hampir tibanya kiamat, apabila Isa anak Mariam AS turun, dan pemimpin mereka memintanya mengimamkan sembahyang, tetapi Isa AS menolaknya sambil berkata, "Tidak, sesungguhnya di kalangan kamu ada orang yang Allah telah jadikannya pemimpin ke atas yang lain dan Dia telah menzahirkannya untuk mereka."
(Sahih Muslim)
L. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda:"Apakah reaksi kamu semua apabila Isa anak Mariam turun sedangkan Imam kamu adalah
daripada kalangan kamu?"
(Sahih Muslim, bab Nuzul Isa, Jilid 2; Sahih al-Bukhari, Kitab Bad' ul-Khalq wa Nuzul
Isa, Jilid 4)
M. Nabi SAW bersabda:"Apakah keadaan kamu jika anak Mariam turun di kalangan kamu dan Imam kamu adalah dari kalangan kamu?"
(Sahih Al-Bukhari, Kitabul Anbiyak, Bab Nuzul Isa bin Maryam)
N. Diriwayatkan daripada Jabir bin Samurah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Setelah peninggalanku nanti akan ada dua belas orang Amir (Khalifah).” Jabir berkata, “Kemudian baginda bercakap sesuatu yang tidak kufahami, lalu aku bertanya kepada bapaku, lalu dia berkata, “Mereka semuanya dari golongan Quraisy.”
(Abu Daud)
O. Dari Mustaurid Al-Qurasyi RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Kiamat akan tiba (setelah) bangsa Rom membentuk sebahagian besar dari umat.” Amru
bertanya kepadanya (Mustaurid RA), “Benarkah ucapanmu itu?”Jawabnya, “Aku mengucapkan apa yang aku dengar daripada Nabi SAW,”dan lagi sabdanya, “Kalau kamumenyebutkan demikian, sungguh mereka telah memiliki empat sifat. Pertama, mereka mempunyai kesabaran menempuh cubaan. Kedua, segera membaiki diri untuk pulih selepas kesusahan. Ketiga, menyerang balas selepas peperangan pertama dan keempat, mereka bersikap baik terhadap janda- janda, anak-anak yatim, yang lemah. Dan yang kelimanya ialah mereka bersikap baik dan mendiamkan diri sahaja terhadap penindasan oleh raja-raja.”
P. Dari Abdullah bin Busri RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “(Jarak masa) antara Malhamatul Uzma (Perang Islam-Eropah) dan penaklukan kota-kotanya adalah enam tahun dan Dajjal akan keluar pada tahun yang ketujuh.”(Ibnu Majah)
Q. Kata Abu Nadrah RH, kami bersama-sama dengan Jabir bin Abdullah RA, lalu dia berkata: “Akan terjadi penduduk Iraq tidak menghantar bahan makanan dan dirham mereka.” Kami bertanya, “Dari arah mana?” Jawabnya, “Dari arah bukan Arab, yang menahannya.” Kemudian dia berkata lagi, “Aku syak bahawa penduduk Syam juga tidak menghantar dinar dan mud mereka.” Kami bertanya, “Dari arah mana datangnya?” Jawabnya, “Dari arah Rom.” Kemudian dia diam seketika, kemudian berkata, “Telah bersabda Nabi SAW, “Akan berlaku pada akhir zaman seorang khalifah yang menyebarkan harta sebanyak-banyaknya tanpa mengira-ngiranya.” Aku bertanya kepada Abu Nadrah dan Abu al-A’ala, “Kami menyangka dia itu adalah Umar bin Abdul Aziz.”
Jawabnya, “Bukan. ‘” (Muslim)
R. Daripada Sauban RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik, semuanya putera kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka membunuh kamu dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun. Apabila kamu semua melihatnya, hendaklah bersegera membaiatnya walaupun terpaksa merangkak di atas salji, kerana padanya ada Khalifah Allah, Al-Mahdi.”
(Ibnu Majah)
Ada banyak lagi hadis yang sanadnya sahih-sahih belaka tetapi penulis tidak merasakan perlu dimasukkan semua sekali. Cukuplah sekadar yang ada ini untuk perhatian kita bersama. Oleh kerana banyaknya hadis mengenai Imam Mahdi yang dikategorikan sebagai sahih, seyogialah orang-orang yang menolak mengenai kedatangan Imam Mahdi, sama ada yang menolak dengan alasan bahawa hadis-hadisnya banyak yang dhaif, atau menolak peribadi yang bergelar Imam Mahdi itu akan keluar, eloklah berfikir semula.
Hadis-hadis di atas yang semuanya telah diakui sebagai sahih, menunjukkan dengan jelas bahawa cerita-cerita mengenai Imam Mahdi itu mempunyai asas yang kukuh dalam agama kita, bukan sekadar diada-adakan atau berita yang muncul kemudian, beratus-ratus tahun selepas kewafatan Nabi SAW. Ini kerana, Rasulullah SAW sendiri turut menyebutkan mengenainya, antaranya seperti yang dinyatakan di atahttp://www.blogger.com/img/blank.gifs.
Imam Syaukani mengatakan di dalam kitab Al Fath ar Rabbani` : Hadits –http://www.blogger.com/img/blank.gifhadits yang dapat dipercaya kebenarannya tentang Imam Mahdi al Muntazhar berjumlah LIMA PULUH BUAH, sedang riwayat yang bersumber dari para sahabat berjumlah DUA PULUH. Di dalam kitab ini, beliauhttp://www.blogger.com/img/blank.gif menyebutkan semua hadits-hadits dan riwayat tersebut, dan selanjutnya mengatakan, “Jumlah semua hadits dan riwayat yang dapat kita kumpulkan mencapai derajat mutawatir bila di tela’ah secara mendhttp://www.blogger.com/img/blank.gifalam”.
MENGINGKARI IMAM MAHDI ADALAH SALAH SATU KEKUFURAN !
link lain yang berkaitan :
- Kumpulan hadits hasan tentang Imam Mahdi
- Imam Mahdi akan datang, yakin gak sich ?
- Imam Mahdi bertaubat Juga ?
0 komentar:
Posting Komentar