Rabu, 26 Oktober 2011

KUMPULAN HADITS HASAN TENTANG IMAM MAHDI

Hadis-hadis berikut adalah hadis-hadis yang dikatakan tarafnya hasan iaitu rendah sedikit daripada taraf hadis sahih. Hadis-hadis ini dikatakan hasan kerana para rawinya mempunyai sedikit kecacatan iaitu dari segi kekuatan ingatannya. Namun, hadis-hadisnya tetap boleh diterima kerana peribadi rawi-rawinya adalah baik dan jelas.

A. Ummu Salamah RA, Ummul Mukminin, meriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW:
"Al-Mahdi adalah daripada keturunanku, di antara anak-anak Fatimah."


B. Rasullullah SAW bersabda: "Dunia ini tidak akan berakhir sehingga seorang lelaki dari keturunan al-Husain mengambil alih pentadbiran dunia dan memenuhnya dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan."


C. Abu Said al-Khudri RA menceritakan sebuah hadis bahawa Nabi SAW mengisytiharkan: "Dunia ini akan dipenuhi dengan ketidakadilan dan penyelewengan. Ketika itulah, seorang lelaki dari kaum keluargaku akan naik dan memerintah selama tujuh atau sembilan tahun dan akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan."
(Musnad Ahmad bin Hanbal, Jilid 3)


D. Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda:
"Banyak cubaan dan bala bencana akan menimpa umatku daripada pemerintah mereka sebelum dunia ini kiamat. Akan berlaku satu bencana yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi. Terdapat banyak kezaliman iaitu dunia ini dipenuhi ketidakadilan dan penyelewengan yang akan memusnahkan kebaikan. Orang-orang yang beriman tidak mendapat pembelaan daripada penindasan yang berlaku itu. Pada ketika itulah Allah akan menghantar seorang lelaki daripada keturunanku untuk memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Seluruh penduduk langit dan bumi akan meredhai pemerintahannya. Bumi akan mengeluarkan segala isinya, dan langit pula akan menurunkan hujan selebat-lebatnya. Dia akan tinggal bersama-sama mereka selama tujuh atau sembilan tahun.
Segala keberkatan dan kemakmuran akan Allah turunkan kepada bumi, sehingga mereka yang masih hidup amat mengharapkan agar orang yang telah mati dapat hidup semula."

(Ibnu Hajar, as-Sawa’iqul Muharriqah, ms 161)


E. Abu Hurairah RA berkata, dari Rasulullah SAW:
"Orang ramai akan berbaiat kepada al-Mahdi antara Rukun dengan Maqam (di Makkah)."
(Ibnu Tawus, Kitabul Malahim wal Fitan, ms 64)


F. Daripada Abdullah RA daripada Nabi SAW sabdanya: “Kalaulah tidak tinggal bagi dunia ini melainkan sehari sahaja lagi, nescaya akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga dibangkitkan padanya seorang lelaki dari umatku atau dari ahli keluargaku yang sama namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku.” (At- Tarmizi)


G. Dari Huzaifah RA katanya, Nabi SAW bersabda: “Kalaulah tidak tinggal daripada umur dunia melainkan sehari sahaja lagi, akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga didatangkannya seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang berdiri
malaikat di antara dua tangannya dan dia akan mengembangkan agama Islam.”



Sebenarnya, hadis yang telah disahkan tarafnya sebagai hasan juga sangat banyak, tetapi oleh kerana dirasakan tidak perlu mengulang-ulang tulis hadis berkenaan untuk bahagian seterusnya, tidaklah dimasukkan lebih banyak lagi untuk mengelakkan rasa jemu membacanya.

Oleh kerana banyak pula hadis yang sampai tarafnya kepada hasan, maka tidak syak lagilah bahawa memang kisah Imam Mahdi itu tidaklah diada-adakan. Banyaknya hadis yang bertaraf hasan amat jelas membantu menguatkan lagi hadis yang dikatakan dhaif, juga menguatkan dakwaan bahawa kisah mengenai kedatangan Imam Mahdi adalah benar lagi sahih.

Adapun hadis-hadis yang dikatakan mutawatir, iaitu taraf hadis yang paling tinggi selepas al- Quran, adalah banyak sekali. Jumlahnya lebih banyak daripada yang diberikan tadi, iaitu lebih banyak daripada hadis yang sampai kepada taraf sahih. Bezanya, kebanyakan hadis itu adalah berbentuk mutawatir maknawi, iaitu sejumlah besar hadis yang sama maksud tetapi berbeza-beza dari segi susunan matannya.

Selepas hadis mutawatir, hadis sahih adalah hadis yang dikategorikan palinhttp://www.blogger.com/img/blank.gifg tinggi, kerana telah melepasi lima syarat untuk menjadi hadis sahih. Mana-mana hadis yang dapat memenuhi kelima-lima syarat itu sekali gus, barulah diiktiraf sebagai hadis sahih. Seperti yang dimaklhttp://www.blogger.com/img/blank.gifumi, hadis sahih terbahagi kepada dua jenis iaitu sahih lizatih (mencapai taraf sahih tanpa http://www.blogger.com/img/blank.gifbantuan hadis lain) dan sahih lighairih (mencapai taraf sahih dengan bantuan hadis lain yang sama kuat dengannya).

Lazim pula para ulama menyatakan bahawa hadis yang disebut sebagai sahih lihttp://www.blogger.com/img/blank.gifghairih adalah juga hadis hasan lizatih. Dan seperti yang dimaklumi, hadis sahih adalah hadis yang mencapai taraf paling tinggi, boleh dijadikan hujah dalam bab akidah dan hukum syarak.

Kalau kumpulan hadits yang shahihnya mana ? klik aja : IMAM MAHDI

Tentang tanggapan orang mengenai riwayat Imam Mahdi : klik aja : yakin banget bro

Imam Mahdi bertaubat dari dosa apa ya ? klik aja : astaghfirullah !

0 komentar:

Posting Komentar